Selamat Datang


Click here for Myspace Layouts

Monday 25 February 2013

HOME












Sambut hari jadi di sekolah

caca balik dari sekolah

Kad Raya 2013 sudah siap
(Dayana/Areesa/Dian/Faris)

09/06/2013 : Caca & Aisah (Klang)


09/06/2013 : Caca & Damian Faris di
Kolam Renang Hotel Four Point

Agnes K.House



NOTA DARI ATUK:

" Belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan kalian semua. Semoga kehidupan kalian semua lebih baik (cemerlang,gemilang dan terbilang) dari atuk pada masa akan datang. Atuk  tidak mahu kalian kesusahan (menyusahkan orang lain) sekiranya atuk dipanggil menghadapNya lebih awal dari yang disangka. Ingat pengorbanan ayah dan ibu pada kita semua.Jangan abaikan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan terutamanya dalam akademik dan sahsiah walau sesaat.Kerana kecuaian sesaat boleh (akan) mengubah segalanya bahkan memusnahkan kita dengan sekelip mata". 



5 LANGKAH KREATIF MINDA


LANGKAH 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.
Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang
difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan?
Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan
berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah
yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak
akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja
membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan
dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi
pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France
sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan
menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda
anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

LANGKAH 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda
anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi
dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation.
Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia
adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang
benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas,
maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan
mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan
pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda
hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 3 anda 24jam sehari,
kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah,
ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti
"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan
membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda
dan mula kerjakan novel anda itu!

LANGKAH 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda
dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.
Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi
apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah  di garage. Sekiranya anda
seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.
Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa
yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk
mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca
dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda,
lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola
sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggambarkan ini juga akan membantu, di mana
sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia
akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

LANGKAH 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar
semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan
apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda
mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk
hireraki keperluan Maslow.  Bayangkan diri anda gembira, keluarga
anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana
di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika
affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
kerana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi
anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan,
kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda
telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar,
kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda akan berjaya.

**********

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu
dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda
cemerlang,gemilang dan terbilang di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario
ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi
dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang
terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri
anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga
anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan
langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh
menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai
kejayaan yang anda inginkan.